Tuesday, March 3, 2009

Kaum Yahudi Bijak...KENAPA??

Artikel ni aku perolehi dari comment di satu blog. Penulis yg sebenar tidak dpt dipastikan dgn sahih dan dipercayai org yg meletakkan comment itu juga telah "copy n paste" dari tempat lain. Saya juga percaya penulis sebenar bukanlah seorg warganegara Malaysia. Apapun, aku rasa isinya bagus utk kita teladani dan belajar daripadanya.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, da, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? Tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!!
Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


~semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa ~

Monday, February 16, 2009

Ke-JahiL-aN dlm SoLaT

Sujud Sahwi

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi

Dalam mazhab as-Syafie, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.

Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"


Adakah Memadai Dua Kali Sujud Sahaja Jika Banyak Berlaku Kesalahan Dalam Sembahyang?

Imam Khatib as-Sharbini menyatakan dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, adalah memadai dengan dua sujud sahaja walaupun berlaku berbagai-bagai jenis kelalaian, sama ada tertambah, terkurang atau kedua-duanya sekali. Ini berdasarkan hadits riwayat Imam Bukhari, bahwasanya Abu Hurairah Radhiallahu anhu telah berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah bersembahyang fardhu Zuhur ataupun Asar bersama kami, lalu Baginda memberi salam. Kemudian berkata kepadanya Zul Yadain: "Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang telah dikurangkan?". Lalu Baginda pun bertanya kepada sahabat-sahabatnya: "Benarkah apa yang dikatakannya?" Para sahabat lalu menjawab: "Benar ya Rasulullah". Lalu Baginda pun menyambung dua rakaat terakhir sembahyangnya tadi kemudian Baginda pun melakukan sujud dua kali sujud (sujud sahwi)".

(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Berdasarkan hadits tersebut, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam hanya melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali sujud sahaja sedangkan Baginda telah terlupa dua rakaat penuh termasuk rukun-rukun serta sunat-sunat abadh yang ada dalam kedua-dua rakaat tersebut.


Hukum Melakukan Sujud Sahwi Selepas Salam

Menurut pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafie, waktu untuk mengerjakan sujud sahwi itu ialah setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam, ini berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abdullah bin Buhainah Radhiallahu anhu telah berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berdiri setelah dua rakaat bersembahyang fardhu Zuhur tanpa duduk untuk membaca tahiyyat awal. Setelah selesai Baginda bersembahyang (sebelum memberi salam), Baginda pun melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) lalu memberi salam".

(Hadits riwayat Imam Bukhari)

Bagaimanapun, disunatkan juga untuk melakukan sujud sahwi selepas salam jika terlupa untuk mengerjakannya sebelum salam dengan syarat belum jauh jarak waktu pada kebiasannya di antara salamnya tadi dengan waktu teringat dan juga tidak terkena najis, sekalipun seseorang itu telah bercakap-cakap sedikit (kira-kira tidak membatalkan sembahyang) ataupun telah membelakangi qiblat sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni al-Muhtaj. Ini berdasarkan hadits dari Abdullah bin Masud Radhiallahu anhu, beliau telah berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah bersembahyang Zuhur bersama kami sebanyak lima rakaat. Setelah Baginda memberi salam, lalu ditanyakan kepadanya: "Adakah telah ditambah (rakaat) sembahyang?" Lalu Baginda bertanya kembali: "Apa yang ditambah?" Lalu para sahabat pun menjawab: "Tuan telah bersembahyang lima rakaat". Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam pun melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi)".

(Hadits riwayat Imam Muslim)


p/s: mari la bersama2 mengerjakan ibadah solat dgn sempurna :)

P.E.R.A.S.A.A.N terpendam

Hmmm dh lama x update blog
sbuk cket skrg nih..byk bnde kna selesaikan..

so sbb dh lama x update mcm2 dh jadi hik3.
but yg aku xle nk lupe bnde yg jadi ming lpas..

korang baca la ek..kesimpulannye terpulang pada korg la

aritu aku balik keje mc besa la dlm kul 6.00pm
pstu ttbe aku dpt satu call dr 'jr' aku
so aku angkt la..diorg mnta aku tlg amekkan pizza yg
diorg dh tempah kat bakery..(satu tmpt jual mknn kat ukm)
tp aku xberapa dgr sgt diorg ckp..sbb bising sgt (xtau la ape yg bbdk tu bt)
'jr' : kak dyh nk minta tolong ble?
aku: yup..tolong ape?
'jr': esk tolong amekkan piza ble?
aku : kol brape?
'jr': dlm kul 11.30..eh 11.00 tgk dl la...
aku : ok

so mlm tu diorg x de msg pape kat aku detailnye nk amek kul brape

so aku bio jela
esk pgnye..hp aku di hujani msg2 'jr' aku
tp dlm sme msg tu xckp pun nk kna amek kull brape..

salah satu msg yg aku ingt lagi

"kak dyh, jgn lupa cal org bakery sejam sblm amek.."
but aku xtau kul brape nk amek sbb diorg xkompem pun..

ok aku siap2 p keje dlm kul 10 a.m aku smpi mgi
at last aku msg diorg
"korg nk suruh kak dyh cal bile..??"

'jr'
"skrg"

aku pun cal org bakery..diorg ckp nk amek kul brape? sbb kalu nk amek kul 11
diorg akan bakar piza tuh dlm kul 1045..
ms y diambil utk mbakar piza hnya 15 min je..

so aku ckp xpasti kna tnya kwn lain..sbb aku mmg xpasti kul brape..11.00 or 11.30..10.30..10.45
arhhh tensen je..

tolong la bgtau details..msg byk2 pun kalu seme xguna bt ape..

aku tnya balik ..
"korg punya klas abes kul brape"

'jr'
"11"

tu je jawab..okei..aku cal balik..kompem kul 11.00 amek piza..
so ttbe je diorg msg

"kak dyh klas dh abis"

dalam ati aku ckp.."pulak dh .. abis tu br je cal kul 1100"

aku pun balas ...kak dyh br ckp kul 1100 nk amik..

s o diorg ckp" ok diorg tgu"

tp sbb tkt diorg lm nk tgu aku pun msg

"kalu korg p amek pun xpe..kak dyh dh cal"

aku xksah kalu aku xsmpt nk p mkn diorg pun..lgpun tu kwn2 diorg punya besday..
aku tau..kwn diorg tu junior aku jgk but aku xksah pun kalu xp mkn skali sbb aku tau msti rmi jr2 yg lain..
msti diorg nk gath together2..
but diorg diam je..
kul 1100 aku pun gerak p pusanika
tgh drve cr parking kat pusanika nih hp aku berbunyi..

"kak dyh kat mn"

cal berkali2..aku dh mls nk layan..
aku nk cari parking lagi..
kalu korg nk tau kat ukm ni wktu stdent ade ..parking mmg kronik

xde parking..lastly aku parking tgh2 jln..
nk bt mcm mn xde sape nk mnta tlg jg keta..kalu kna saman nasib la

aku kna amek duit dl br ble amek piza
duit wktu tuh ade brape ringgit je..kna amik jgk

jd bertambah lmbt..dan hp xberhenti2 berbunyi..mcm xsabar je

aku GERAM.. tolong la sabar skit

aku nih dh la sorg ni handle dlm keadaan mcm ni..
lps amek piza aku p la kat keta aku
nasib baek xkna saman..
pstu p fakulti sains n teknologi plak..

sma je keadaan kat ctu..
mcm hampeh nk cr parking..
ssh bebenor..
nasib baik jmpa jgk

sampai sna aku pun berlari2 la ke cafe..sbb dh lmbt..smpi je kat sana..diorg xde pun..
"YA ALLAH..diorg nih..aku dh separuh gila nk cpt diorg xde plak..mana nih"
ttbe aku terjumpa housemate diorg ..ok fine..
aku tnya mna diorg..housemate diorg ckp..kat lab bioinfor..
sudah la..nape xtgu je kat ctu..xle tgu ke
last skali aku ngn housemate diorg p cr tmpt duduk..kna cr yg ble duduk rmi la
so susah la dlm keadaan rmi stdnt yg mkn kan (lunch hour la katakan )

at last diorg dtg dgn mka xde rasa pape
ble siap ckp lagi..
kak dyh lmbt sgt..kitorg lepak la kat bilik bioinfor dulu..

ok fine..
Ya Allah wktu tuh aku geram gile..
kta tgh2 penat2 nih die ble ckp cmtu..at least ckp la terima kasih
nih ckp cmtu ..
yg ckp terima kasih org lain..bkn diorg siap dpt SENGAL lagi
hahhaha..after aku bt seme tu aku dpt SENGAL...


Moral of Story: kepada adik2 ku sekalian
kalu korg ade baca blog nih.. dan terasa ape yg kak dayah tulis nih.. kak dyh mnta maaf la
tp kak dyh dh terasa gile la ngn korang..
bkn nk korg bt ape2 pun..at least repect la skit kak dyh...
kadang2 terasa la jgk..tetiba dpt SENGAL..

siapa sebenarnya senior dlm kamus idup korg ek..
org yg sengal sokmo ek..




Thursday, January 15, 2009

Genting Oh Genting

Salam..

1st skali sy nk mnta maaf la kat kwn2 sbb tomorrow i can't go to genting..
ssh nk bt pilihan..
bkn xnk pergi..dan bkn nk pergi..
bkn terikat ngn my ehem2 ..
xtau la nk ckp mcm mn..

ssh nk explain mcm mn stuasi skrg ni..
nk sgt kuar ngn korg
tp tula maybe tmpt tu xsesuai kot..(my ehem2 et al. 2009).

so nnt kite try kuar kat tmpt lain ek..
next month ke..
so sorry tau..



To:
kak chah (yang nk masak bihun grg)
shu, su, emed ngn huda ( yang nk masak sandwich)
dayah mintak maaf :(


but i feel so guilty right now..
so sorry tau :(

hope all of u enjoy urself ..

Bilik-ku yang Baru

Mmm..

smlm aku xdtg keje..nape ttbe xde mood nk dtg keje
rs mcm xsht je :(
mgkn disebabkab oleh kepenatan..

akhir2 nih aku jd glamor dikalangan jr.2 aku
yela diorg dh start smbg master..nk mnta ajar software baru
tp aku pun xpndi sgt hik3.
ajar yg termampu je


lama jgk tdo smlm hik3 bgn dkt kul 10
best btul tdo..
bgn trus mandi n basuh kain
then aku kuar beli barang utk bilik aku :)

byk brg yg aku xde yg kna aku beli..
penyapu, mop, alas kaki, selipar toilet
hik3. cawan pun kna beli lain :D
maklum la tgal semenya kat umah lama..
diorg gne xsmpi ati nk amek balik

after shoping aku pun mula la angkt brg masuk bilik..
kmas2 skit..pasang tikar getah ..n mop lantai :-p
pnat xterkire..mklum la pose..
sbb dh jnji ngn si Die (my ehem2)

so after that, tdo jap smpi asar..
waa dh lame i xtdo atas katil..SYOK sgt :)

so mlm smlm aku dh tdo kat bilik br..
and arini aku akan angkt brg skit2 dr umah "kak S"
thanks kat Kak S bg i tgal kat umah u slama sebulan lebey..






Monday, January 12, 2009

13 Jan 09

Hari ini aku begitu bsemangat nk bt kerja..

smlm agak bad mood skit aku nih..
yela smlm aku pening2 skit..
pastu bt kerja semua xnk jadi..

pg2 tu dh gunbira2 dh
tp bila dtg lab
keadaan jd sebaliknya :(

aku run blast2 go tp dh turn off oleh ...
xtau nk salahkan sape..
Kak C atau server MGI yg selalu xbtul nih..

aku cuba tenangkan diri..
aku tau kak C ..xsalah pun
tp nk bt mcm mn rasa GERAM tu still ade..

aku run balik la
pastu server plak bt prangi
dgn keadaan kepeningan tuh la die nk bt hal..
xle nk masuk dlm server plak
leceh btul..aku bersabar je

wktu tu aku pk nak balik n tdo je
skt sgt kepala wktu tu..
tp bile aku pk balik aku nk tdo kat mn :(
'kak S' msti ada

aku xtau la nape lately die mcm moody je ngn aku..
aku tnya spatah jawab sepatah
aku tau aku tmpang je kat umah die..

mngkin die rs xselesa kot aku duduk lm umah die
aku dh duduk dkt sebulan lebih..
aku ade mnta jd felo tp xtau la nape proses die lama sgt..
kalu xdpt bgtau la awal2 ssh je org ttgu :(

lastly aku nekad sewa je dulu bilik kat za'ba..
ok jgk la xmhl sgt..sebulan rm140 cmr air ngn elektrik

aku dh p tgk la bilik tu beso..n xde sape..kite nnt aku ddk sorg
Alhamdulilah..Syukur aku ade jgk tmpt nk duduk
hehe :)
so ari jumaat ni my sister will come from shah alam..
tolong2 angkat barang
excited sgt sbb ade jgk akhirnya ruang utkku..

Ya Allah.. Terima Kasih :)

Sunday, January 11, 2009

PALESTIN KITA !!




Wahai Muslimin …wahai bangsa arab…wahai manusia…Gaza merayu bantuan…





Semua telah mengetahui pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh penjajah Zionis kejam ke atas rakyat Palestin di Gaza. Rumah bukan lagi kediaman yang selamat, tidak juga sekolah, begitu juga masjid. Hospital-hospital tidak dianggap kawasan selamat dan setiap apa yang ada di bumi Gaza adalah harus bagi jet-jet tentera Zionis membunuh dan memusnahkannya. Bilangan mereka yang syahid sekarang lebih dari 700 orang. Satu pertiga darinya adalah kanak-kanak dan ratusan wanita yang tidak diendahkan kemuliaan mereka. Bilangan mereka yang cedera parah lebih kurang 4,000 orang dan beribu-ribu orang luka akibat seragan Israel.

Semua telah mengetahui semua keperluan hidup sudah tiada. Tidak ada bagi mereka sekarang ini melainkan kehormatan iaitu rakyat Palestin menolak untuk berundur mengaku kalah. Sesungguhnya sejarah mecatatkan Khalifah Mu’tasim pernah mengarahkan tenteranya pergi membantu seorang wanita muslimah yang menjerit: “Di mana bantuan !”. Rakyat Gaza tetap menunggu satu bantuan dari Mu’tasim umat Islam zaman ini bagi melakukan serangan terhadap Israel di atas seruan kedukaan dan penderitaan setiap hari rakyat Palestin di Gaza.

PERANAN UMAT ISLAM

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana
di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama
umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat
Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi
.
Isu Palestin
bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab
sahaja.
Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan
keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu
Palestin
yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini.
Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah
semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan
masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu
terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang
tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

DI MALAYSIA

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar
dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media
elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi
membantu rakyat Palestin
yang telah sekian lama tertindas. Tidak
keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai
isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Thursday, January 8, 2009

P-e-n-g-e-n-a-l-a-n

Assalamualaikum...

Salam perkenalan kepada semua yang sudi meluang masa membaca blog saya ni :)

Firstly, namaku Hidayah..(kak chah et al.2009) dilahirkan di Kedah..so i speak in loqhat Kedah la. Status skrg : Stduent Msc, UKM

so blog ni dibuat apabila terasa bosan @ free.. so kalau x update everyday sori la ~

this is my family

-
amik gmbr ni wktu knvo (family xbeso sgt)-

mcm2 cite dlm family aku..nnt bila ade kesempatan aku bcerita kat korg..
tp skrg ni aku skit bz dgn research aku..
baru2 ni lect. aku suruh tukar tajuk tesis aku..

perasaan aku wktu tu skit sedih cmpur ngn gembira..
Why??
aku sedih sbb aku rasa aku dh bt byk utk research ni
tp last2 kna tukar sbb banyak cmpur tangan org2 besor..
sebenarnya kitorg tgk working on whole genome sequencing
first genome project in Malaysia..so byk cmpur tgn ..

dan aku hepi dgn tajuk skrg sbb no more cmpur tgn pihak luar..:D
big smile on my face now..ha3.
i can do my research on my own way :)

so arini aku sdg sbuk bt balik research aku dr mula (dah sem 3 dh master aku nih)

smlm aku dh berjaya bt gene prediction using genemark
thanks to 'abg K' senior aku yg sudi ajar aku

dan today aku dh berjaya bt skit annotation using BLAST2Go and ARTEMIS



ni la layout bg artemis
~ comel x? ~



ni plak software BLAST2GO

aku xla pandai sgt guna software ni..tp ok la for my master he3 :)

ok smpi cni je..nk smbg bt keje balik :P

Tuesday, January 6, 2009

my 1st entry~




new entry..from new blogger haha..

xpernah buat try & error je hik3.

10.00 am - 1.00 pm

MODE : bosan walaupun byk keje

KOORDINAT : bioinformatic lab in MGI

2.30 - 3.30 pm

MODE : pergi keris mas anta borang felo

KOORDINAT : kolej keris mas, UKM

p/s : mintak2 berjaya la jd felo..xtau nk duduk kat mn dah..
xbest tumpang umah org lama2 nih