PERANAN UMAT ISLAM
Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana
di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama
umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat
Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin
bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab
sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan
keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu
Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini.
Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah
semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan
masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu
terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang
tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.
DI MALAYSIA
Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar
dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media
elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi
membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak
keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai
isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.
No comments:
Post a Comment